Wednesday, January 4, 2012

Malaysia towards a mob democracy!

Malaysia towards a mob democracy!


Malaysia towards a mob democracy!

Posted: 04 Jan 2012 03:42 PM PST

Tegas terhadap peserta 901 — Nurul Anuar Kari 5 JAN — Amaran keras, peringatan dan "nasihat" pasukan keselamatan kepada golongan yang gila mengadakan perhimpunan haram di jalanan nyata sekali umpama mencurah air ke daun keladi. Bukan sahaja tiada kesan akibat ketaksuban golongan itu yang umpama dirasuk sehingga mengikut sahaja segala arahan "penulis skrip", rakyat jelata [...]


Christians crying foul? That’s funny!

Posted: 04 Jan 2012 03:32 PM PST

Churches tell Najib: Respect law, remove anti-Christian rules, policies By Debra Chong January 05, 2012 KUALA LUMPUR, Jan 5 — Datuk Seri Najib Razak should respect the law and start removing rules and policies that have seen Christians being victimised by the bureaucracry, a national group representing over 90 per cent of churches said yesterday. [...]


Taib Mahmud:Malaysiakini Melutut Mohon Maaf!

Posted: 04 Jan 2012 11:57 AM PST



KUALA LUMPUR 4 Jan. - Portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini memohon maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi di sini kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung penyiaran 12 artikel berunsur fitnah terhadap beliau, lima tahun lalu.


Permohonan maaf oleh pengendali portal itu, Mkini Dotcom Sdn. Bhd. dan Ketua Pengarangnya, Steven Gan Diong Keng, 49, yang dinamakan sebagai defendan dalam saman fitnah oleh Abdul Taib itu, dinyatakan dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh peguam mereka, Fahri Azzat di hadapan Hakim Rosilah Yop.


Berikutan permohonan maaf tersebut dan persetujuan defendan untuk menahan diri daripada terus menerbitkan perkataan-perkataan fitnah itu atau yang serupa kesannya, Abdul Taib bersetuju menarik balik tuntutan saman berkenaan.


Abdul Taib selaku plaintif memfailkan tuntutan saman itu pada 2007 setelah portal berita secara dalam talian di Internet itu menyiarkan 12 artikel dari 6 April dan 3 Mei 2007, yang didakwa mengandungi perkataan yang memfitnah beliau.


Plaintif mendakwa, artikel-artikel itu mengaitkan beliau dengan pengumpulan wang secara tidak sah berjumlah RM32 juta daripada syarikat-syarikat perkapalan Jepun melalui kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang berhubung perniagaan balak di Sarawak.


Sementara pernyataan pembelaan pihak defendan terhadap tuntutan saman itu sebelum ini menyatakan bahawa perkataan yang terkandung dalam artikel-artikel berkenaan disiarkan berdasarkan perlindungan bersyarat.


Dalam kenyataan pihak defendan hari ini, mereka mengakui menyiarkan artikel-artikel itu hanya berdasarkan kepada laporan berita oleh beberapa media Jepun tanpa mengesahkan kebenaran laporan berita itu dengan plaintif atau pihak berkuasa yang lain.


Menurut defendan, mereka difahamkan bahawa Biro Pencukaian Serantau Tokyo (TRTB) telah mengubah keputusannya berhubung dakwaan isu wang sogokan itu setelah mendapati tuduhan itu sama sekali tidak berasas.


"Kami dengan ini mengakui bahawa artikel-artikel berhubung wang sogokan yang melibatkan syarikat perkapalan Jepun telah diterbitkan secara salah," kata defendan.


Mereka juga melahirkan rasa kesal terhadap sebarang sindiran yang tidak diingini dan bersetuju serta berjanji tidak akan menyiarkan sebarang laporan berita atau kenyataan terhadap plaintif berhubung isu sogokan membabitkan syarikat perkapalan Jepun kepada syarikat luar pesisir Hong Kong dikenali sebagai Regent Star.


''Kami mengakui artikel-artikel tersebut telah menyebabkan plaintif merasa malu, mengalami kesusahan dan menjejaskan reputasi beliau dan memohon maaf terhadap sebarang kesulitan yang dihadapinya,'' ujar pihak defendan.


Ekoran permohonan maaf itu, pihak defendan juga akan menyiarkan berita daripada TRTB yang memutuskan bahawa jumlah yang dibayar oleh syarikat perkapalan Jepun adalah bayaran yang sah.


Terdahulu, peguam Robert Lazar yang mewakili Abdul Taib menyatakan, pihak defendan telah menerima kesilapan serius mereka apabila menerbitkan artikel-artikel yang mengaitkan mereka dengan plaintif secara peribadi dan mengakui telah menjejaskan, memalukan dan menyusahkan plaintif.


Menurutnya, plaintif membawa kes itu ke mahkamah demi keadilan untuk memperbetulkan artikel-artikel palsu dan berniat jahat yang diterbitkan oleh pihak defendan.


Beliau menambah, tindakan saman itu dilakukan dalam keadaan plaintif dengan tegasnya menafikan terlibat dalam sebarang salah laku seperti yang didakwa dalam artikel-artikel berkenaan.


Persetujuan kedua-dua pihak bagi tujuan penyelesaian tersebut kemudian direkodkan oleh Hakim Rosilah tanpa sebarang perintah kos.-utusan



UMNO Khianati Rakyat – Noh Omar Dan UMNO Selangor Sabotaj Kutipan Sampah Di Selangor !

Posted: 04 Jan 2012 05:52 AM PST

SHAH ALAM, 4 Jan: PAS meminta agar Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menghentikan segala sabotaj jika beliau ada rancangan untuk mengganggu kutipan sampah di Selangor. Demikian kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib dalam satu sidang medianya di sini. Turut serta dalam sidang media itu adalah Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei dan [...]


Flag-gate and Perjuangan Mahasiswa

Posted: 04 Jan 2012 05:24 AM PST

Surely you must have heard the latest and hottest news in town: of Adam Adli, an UPSI student and coordinator of Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), coming under fire for his actions in a student march which culminated at PWTC on 17 December 2011.

Both of us were not at the scene of the march, so what we know will be based on the news report as well as eyewitness accounts of those who were at the protest.

The march began at Masjid Jamek LRT station and the objective was to a present memorandum at PWTC and at SUHAKAM headquarters. The march itself was without incident, in fact what was noteworthy was the cooperation given by the Royal Malaysian Police (PDRM) to the protesters, in which they facilitated the march instead of trying to stop it as what usually happens. This is much welcomed, and hopefully this will herald a new approach to policing and future protests be handled similarly.

The current controversy is in relation to an incident in PWTC. It would seem that emotions got the better of some of the students at PWTC. A flag, bearing the Prime Minister's face, was lowered and replaced with the flag of BEBAS. It happened briefly, the original flag was raised back up as quickly as it came down. The incident took place not more than 5 to 10 minutes, and in the words of @KohJL on Twitter:

Never has so much been said about so little. I saw incident and didn't even think it was newsworthy. I've been proven very wrong

But newsworthy it was indeed. The storm of controversy that followed the aftermath of the incident (Flag-gate, anyone? You heard here first, on LB!) is well documented. In fact, the flag incident has overshadowed the march of the mahasiswa so much so that no one seems to be talking about the real issue behind the events that Saturday. It would appear that all we that we took from the march was the Flag-gate incident.

It is interesting to note how much this incident has garnered divided opinions and perspectives, from within the mahasiswa movement itself and the larger civil society.

Those in support of what Adam did say that it is a flag with the PM's face and not the Jalur Gemiling. Some say that students did not burn nor trample the flag and merely lowered it. To them, there is nothing wrong with the action – it is a display of dissent and dissatisfaction with the government. Some have even accorded the act with a sense of symbolism, when quite clearly it was something which was not planned at the time did not have the endorsement of the organisers. It was only later that BEBAS did so retrospectively. As such, to say that the act is supposed to a symbolic one sounds like an afterthought and a rather disingenuous one at that.

On the other side of the spectrum, those against what Adam did described it as lacking courtesy at best, and biadap at worst. @ZainHD described it on Twitter (edited for clarity):

Whatever your affiliations, get it right. Don't step into someone's PRIVATE PROPERTY & do something that will LIKELY INSULT them. Understand respect.

Some students themselves (within the movement and the same circle) feel that the actions by BEBAS do not represent the entire student segment of the citizenry. Even though they walked with BEBAS on Saturday, or have been ardent supporters of the movement to expand student freedom and university autonomy, they do not agree with the act. They use the analogy of someone coming by your house, your very own private property, and starts messing around with your garden on your property.

Unfortunately, Flag-gate has degenerated into a partisan farce. Those in UMNO are going after Adam and BEBAS. Those in PKR meanwhile have thrown their support behind Adam and BEBAS. It is with this backdrop that the public discourse regarding Flag-gate is taking place.

BEBAS had no control what Adam did and it would appear that the movement did not plan to do what Adam did. So they could not be held responsible for what happened. What we disagree to is the response by BEBAS to the backlash. Instead of taking a step back to re-evaluate the situation and to take in the bigger picture of how political liberalization is an evolutionary process, they have instead opted to go forth with guns blazing.

Make no mistake, we condemn the threats against Adam, which so far includes threats to slap and spit on him. And while we do not agree in principle with Adam's act, we also think that the backlash is disproportionate to the 'crime'. It is after all just a flag with the Prime Minister's face and it was just briefly lowered.

But BEBAS could have seen the bigger picture. They were asked to apologise, and while we do not see a need to do so, they could have instead chosen the more reconciliatory approach. The confrontational stance they have taken and their retrospective endorsement of Adam's act have ironically damaged the movement and the cause.

Detractors of the cause are now using Flag-gate to discredit the cause. They are using this incident as proof that the mahasiswa should not be given their freedoms. The erstwhile @mpkotabelud tweeted:

Next it'll be burning, spitting, tearing & stepping on Jalur Gemilang. Why the hell not? It's freedom of speech & expression what!

The hardliners in UMNO have also found their ammunition against Dato' Saifuddin Abdullah, one of the few true progressives in the party who not only talk of it, but also acts on it. We find it sad that Flag-gate is being used against the mahasiswa movement's benefactor and greatest ally in government.

Dato' Saifuddin Abdullah receiving the memorandum from the students in front of PWTC on Saturday. (Source: online blog)

Time to put things back into perspective. It was a historic march, the culmination of years and years of mahasiswa empowerment. It should symbolise the coming of age of student activism, the day when the mahasiswa showed to the world that they no longer are afraid of the shackles of AUKU, placed upon them by a government fearful of the mahasiswa. The fact that the students marched peacefully to forward their cause for academic freedom without any violence or sabotage from anyone should take precedent over Flag-gate.

The very fact that SUHAKAM, through its commissioner Muhammad Sha'ani Abdullah, received the memorandum is recognition of the inalienable rights of the mahasiswa by the statutory body. Similarly, the fact that the memorandum was received by Dato' Saifuddin Abdullah, Deputy Higher Education Minister and stalwart supporter of student political participation, is tacit acknowledgment by the government of the perjuangan.

Lest our views are misconstrued as losing faith in the students' ability to handle the responsibility of political expression and affiliation, we reiterate a popular quote from Evelynn Beatrice Hall, in her work "Friends of Voltaire":

I disapprove of what you say, but I will defend to the death your right to say it.

Likewise, while we disagree with the methods and tactics employed, we must stand in solidarity together with those who believed in the same cause of advancing student freedom and university autonomy. Flag-gate must not be allowed to be used as an argument to take away from the very same struggle that has been fought for by many generations of students for over four decades.

Those fighting for the cause, regardless of whether it is BEBAS, PKR, PAS, Dato' Saifuddin, youth wings within Barisan Nasional and civil society must stand together instead of being divided over Flag-gate. The cause is a political cause, but it should not be allowed to become a partisan one.

The cause is far, far bigger than Flag-gate. Let us turn Flag-gate into a positive. BEBAS, while possibly causing damage to the cause, have also put the focus on its movement. Before Nelson Mandela promoted his cause through dialogues, writing, speeches and thereafter reconciliation, he also committed acts of sabotage. It was part and parcel of the struggle. Maybe this is also part and parcel of the perjuangan mahasiswa. And since the nation's attention is already on this issue, let use it to bring the spotlight onto the cause itself, rather than the incident.

*this article was first published in LoyarBurok on 21 December 2011.


Filed under: Government, Politics


Cermin Sanubari – Mencermin semula tahun 2011 (2 Januari 2012)

Posted: 04 Jan 2012 05:18 AM PST

Berlalu sudah satu tahun Masihi. Seperti biasa, begitu banyak yang berlaku di negara ini, yang manis dan pahit; baik dan buruk; penting dan picisan. Dari segi perkembangan sisio-politik dan undang-undang, 2011 dikenang sebagai tahun dipenuhi peristiwa. Ada sahaja perkara berlaku yang mewajarkan komentar sosio-politik dan undang-undang seperti saya memberi pandangan.

2011 adalah tahun di mana bermulanya pemansuhan dua akta zalim yang membolehkan penahanan tanpa bicara, iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (atau 'ISA') dan Ordinan (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) Darurat 1960 (atau 'EO'). Kedua-dua undang-undang ini, bersama-sama dengan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dikenali sebagai unholy trinity undang-undang yang memperuntukkan penahanan tanpa bicara.

Seperti kita sedia maklum, ISA akan dimansuhkan pada Mac 2012. Parlimen pula telah meluluskan usul untuk menamatkan ketiga-tiga pengisytiharan darurat tahun 1966, 1969 dan 1977, oleh itu mengikut Perlembagaan, 6 bulan selepas ini EO tidak lagi mempunyai kuat kuasa undang-undang. Walau begitu, masyarakat madani harus memastikan bahawa undang-undang baru yang akan menggantikan ISA dan EO tidak menjadi 'racun lama di dalam botol baru' dan memastikan undang-undang baru tersebut akan benar-benar menjamin kebebasan rakyat.

Tahun 2011 juga merupakan tahun di mana Parlimen telah meluluskan Rang Undang-undang Perhimpunan Awam 2011 (atau 'PA2011') yang begitu hebat dikritik. Seperti telah saya bentangkan sebelum ini, rang undang-undang tersebut penuh dengan percanggahan dan kelemahan. Namun, kerajaan tanpa mengendahkan suara masyarakat madani telah memantaskan kelulusan sebuah undang-undang yang begitu cacat.

Tetapi nasib belum menjadi bubur. Kerajaan masih boleh meminda PA2011, sekurang-kurangnya untuk memastikan bahawa peruntukan-peruntukan yang mempunyai kesan paling buruk dapat diperbaiki. Mungkinkah 2012 akan menyaksikan perkara ini berlaku dan wujudnya undang-undang yang dapat menjamin hak berhimpun, dan memberi makna kepada ucapan Perdana Menteri di ambang Hari Malaysia.

Di samping itu, 2011 adalah tahun yang begitu bermakna bagi penjanakuasaan hak berhimpun yang termaktub dalam Perlembagaan. Perhimpunan Bersih pada pertengahan 2011 merupakan satu anjakan paradigma yang penting dari segi mentaliti rakyat terhadap perhimpunan awam. Masyarakat makin sedar, protes dan tunjuk perasaan itu sebenarnya perkara biasa di mana-mana demokrasi di seluruh dunia. Mereka sedar, hak mereka datangnya daripada Perlembagaan dan bukannya diberi makna pihak berkuasa.

Dari segi perjuangan mahasiswa, 2011 telah menyaksikan satu langkah penting. Rayuan kes 4 anak muda yang dikenali sebagai 'UKM4' membuahkan keputusan yang amat dialu-alukan. Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Univerisiti (atau Auku) sebagai bercanggah dengan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan begitu diraikan. Ia merupakan satu kemenangan untuk perjuangan mahasiswa membebaskan diri daripada kongkongan beberapa peruntukan
Auku yang represif dan tidak demokratik.

Di samping itu, Perdana Menteri juga mengumumkan, Auku juga akan dipinda untuk membolehkan mahasiswa terlibat politik. Pada ketika ini, kerajaan sedang mendapat maklum balas pelbagai pihak. Diharapkan, apa-apa pindaan mencerminkan aspirasi mahasiswa dan mengembalikan hak mereka.

Adakah 2012 akan dipenuhi dengan peristiwa juga? Nampak gaya, begitulah. Lebih-lebih lagi apabila semua pihak menjangkakan pilihan raya umum akan berlaku pada 2012. Sudah tentu begitu banyak isu timbul. Harapan saya supaya masyarakat mengenali hak mereka dari segi undang-undang, untuk Malaysia yang lebih baik.

*rencana ini pertama kali diterbitkan di dalam akhbar Sinar Harian pada 2 Januari 2012 untuk kolum saya, Cermin Sanubari.


Filed under: Legal


Cermin Sanubari – Tahun mereka yang memprotes (19 Disember 2011)

Posted: 04 Jan 2012 05:15 AM PST

Majalah antarabangsa Time telah menobatkan 'The Protester' sebagai 'Person of the Year' bagi tahun ini. Anugerah tahunan itu selalunya menampilkan seorang tokoh yang paling berpengaruh pada tahun itu, menurut pendapat sidang redaksi majalah tersebut.

Sebelum ini, tokoh-tokoh yang dinobatkan ialah seperti pengasas Facebook Mark Zuckerberg, presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Pemimpin Agung Republik Iran yang pertama, Ayatollah Khomeini dan pejuang kemerdekaan India, Mahatma Gandhi.

The Protester, atau Si Pemprotes, menurut Time, tidak hanya menyuarakan rungutan, tetapi mereka juga telah mengubah dunia. Daripada pemprotes yang mencetuskan revolusi Arab Spring di Timur Tengah, sehinggalah ke pergerakan Occupy yang bermula di Wall Street, New York, seluruh dunia menyaksikan kebangkitan bantahan, protes dan demonstrasi, tidak kiralah sama ada ia aman mahupun tidak.


Perjuangan mereka juga berbeza-beza. Revolusi Arab Spring adalah untuk menjatuhkan rejim Timur Tengah yang zalim, tetapi Occupy Wallstreet pula untuk menuntut keadilan ekonomi. "Mereka tidak bersetuju, mereka menuntut, mereka tidak putus asa, walaupun jawapan yang diterima adalah gas pemedih mata atau hujanan peluru hidup."

Menurut Time lagi, si pembantah telah menjelmakan gagasan bahawa tindakan individu boleh membawa kepada perubahan kolektif yang begitu besar. Malaysia juga tidak terkecuali daripada penangan si pembantah. Negara menyaksikan demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh gabungan Bersih 2.0 untuk menuntut pilihan raya yang lebih bersih dan adil.

Seramai lebih kurang 40,000 hingga 50,000 rakyat Malaysia pelbagai kaum, agama, usia dan kelas masyarakat turun ke tengah bandar Kuala Lumpur sebagai si pemprotes, walaupun pada ketika itu pihak berkuasa cuba sedaya-upaya 'mengunci' Kuala Lumpur.

Apa yang begitu menarik tentang himpunan Bersih 2.0 ini adalah bagaimana ia telah memecahkan tembok di antara aktivis atau ahli parti hardcore dengan rakyat Malaysia yang biasa. Himpunan yang berlaku pada 9 Julai 2011 telah sedikit sebanyak menjadikan perhimpunan sebagai satu yang normal.

Apa yang sebelum ini menjadi suatu perkara luar biasa, kini menjadi biasa dan juga melibatkan rakyat Malaysia yang tidak selalunya akan menjadi si pemprotes. Si pemprotes kini bukan hanya aktivis atau ahli parti hardcore, si pemprotes boleh jadi rakyat Malaysia yang biasa.

Si pemprotes juga hadir di himpunan, protes dan bantahan lain. Selain Bersih 2.0, si pemprotes antara lain telah hadir pada himpunan Patriot, tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh MTUC di seluruh negara, Himpunan Sejuta Umat, bersama dengan anak muda untuk Occupy Dataran dan perarakan Walk 4 Freedom anjuran Badan Peguam baru-baru ini.

Si pemprotes boleh jadi Barisan atau Pakatan, terpilih atau marhaen, nasionalis atau sosialis, terpelajar atau sedang belajar. Melalui si pemprotes, rakyat Malaysia sedar akan kewujudan hak untuk berhimpun dengan aman dan juga hak untuk menyuarakan pendapat. Mereka sedar juga bahawa hak-hak ini datangnya daripada Perlembagaan dan bukannya ditakrifkan oleh pihak berkuasa semata-mata.

Hak-hak ini begitu penting buat si pemprotes, tanpanya sudah tentu si pemprotes tidak boleh membantah. Pihak pemerintah pula tidak perlu khuatir tidak bertempat dengan si pembantah ini. Malahan, pemprotes sewajarnya dihormati dan bukan dikecam, didengar bukan dibiarkan, kerana melalui si pemprotes, demokrasi di Malaysia menjadi semakin subur dan matang.

*rencana ini pertama kali diterbitkan di dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Disember 2011 untuk kolum saya, Cermin Sanubari.


Filed under: Miscellaneous


UPSI: Mahasiswa Di Jadikan Tembusan

Posted: 04 Jan 2012 05:10 AM PST

SMM menjadikan nama mahasiswa sebagai hak milik mutlak mereka,SMM yang terdiri daripada mahasewel yang tak seberapa bukan mewakili suara lebih 1.5juta mahasiswa.

Majoriti mahasiswa diam dan tidak menyokong SMM,cuba habaq mai berapa ratus ribu mahasiswa yang sokong SMM? Kalau setakat 2-3 kerat lebih baik dok diam diam tak payah meroyan.

Minoriti SMM sama seperti pakatan haprak PKR,DAP dan PAS yang menggunakan nama rakyat sebagai tembusan. Mereka menjaja nama rakyat kononnya seluruh negara ini menyokong segala tindakan mereka.Mereka melacurkan nama rakyat seolah apa saja tindakan mereka mewakili majoriti rakyat dinegara ini.Bodohkah apa ni?

Rakyat menolak itu,rakyat menolak ini...hoii haprak pakatan..rakyat majoriti pilih BN sebagai kerajaan yang SAH!

Sebagai negara demokrasi,majoriti memilih BN!! ada fahamkah? Ikuti ulasan Ustaz Fathul Bari mengenai demo UPSI.



Pisau kata " majoriti kata Anwar ngentot china doll...!! "


Skandal NFC – Suami Shahrizat Didakwa Rasuah Polis, SPRM RM1.755 Juta ?

Posted: 04 Jan 2012 04:52 AM PST

PETALING JAYA 4 Jan : Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa cuba merasuah pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis. Mohamad Salleh, yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil,  merupakan individu penting yang bertanggungjawab dalam isu penyelewengan dana NFC berjumlah RM250 juta. Pengarah Strategi KEADILAN, [...]


MYCC has commenced investigations into the “STRATEGIC ALLIANCE” between MAS & AirAsia

Posted: 04 Jan 2012 03:36 AM PST

Finally, the Malaysian Competition Act 2011 is now in full force after 1-1-2012. Syabas to Malaysian Competition Commission (MYCC) for commencing investigations into the so-called "Comprehensive Collaborative Framework" (CCF) under the secret MAS – AirAsia share swap agreements. Read in HERE. Yours truly has also called upon MYCC to investigate into the CCF, in HERE. [...]


Is Felda Global Venture Holdings listing in the interest of settlers?

Posted: 04 Jan 2012 02:45 AM PST

Commentary During the past few months, the government and Felda authorities have been engaged in a public relations exercise aimed at persuading Felda settlers as well as the Malaysian public that the proposal to float Felda Global Ventures Holdings (FGVH) on Bursa Malaysia is in the best interests of the settlers. But is it really [...]


Prove ‘foreign agent’ claim or apologise, Pua tells Zahid

Posted: 04 Jan 2012 12:39 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 3 — DAP MP Tony Pua today demanded Datuk Seri Zahid Hamidi prove his "foreign tool" accusation against him and charge him for treason, failing which he said the minister must apologise for his remarks. "Treason as accused by the defence minister is a crime of the highest order in Malaysia and [...]


Kalender 2012 Buat Guan Eng Mengamuk

Posted: 04 Jan 2012 12:00 AM PST

2012 adalah tahun yang bakal membawa malapetaka kepada Guan Eng,tanda tanda kearah itu sudah terjadi.

Dalam entri Pisau sebelum ini ada mendedahkan bagaimana paranoidnya ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP Pulau Pinang.

Berita dari sumber Pisau,di PDC pada hari Selasa 20/12/2011 semua staf di PDC memperolehi Kalender Tahun 2012.

Dalam Kalender tersebut terdapat sekeping gambar Pintu Masuk ke Bukit Bendera yang tertera tulisan "Ini projek BN untuk Rakyat".

Terdapat kakitangan Cina-DAP yang terus memaklumkan perkara tersebut kepada
pejabat Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP.


Kemudian Lim Guan Eng rasis chauvanis ultrakiasu terus menghubungi PDC dan menggarahkan merampas kembali semua Kalender yang telah diberikan kepada staf-staf PDC dan mengarahkan agar gambar tersebut di koyakkan.


Semua kalender yang dirampas terus diperiksa mana mana staf PDC yang tidak kembalikan kalender tersebut nama mereka diambil untuk rekod dan pada kemudian hari mereka tetap diarahkan secara paksa agar menyerahkan kembali kalender tersebut.
selanjutnya klik sini

Sebenarnya selepas kesemua kalender dirampas,ia tidak dikembalikan semula kepada staff PDC.
Kalender PDC yang di edar kesemuanya ditarik balik dek kerana gambar dibawah ini.Puluhan ribu ringgit wang rakyat dihabiskan kemudian kalender 2012 kesemuanya ditong sampahkan .

Paranoid beliau kepada projek projek mercu tanda BN membuatkan ultrakiasu chauvanis rasis ini tak keruan.

Ayat dibawah menjadi punca Guan Eng histeria kerasukan hingga terpaksa ditenangkan beberapa kali oleh para pegawainya.

Yang membuatkan Guan Eng meraung dan marah marah ketika arahan tarik balik kalender tersebut kerana beliau tidak dapat mengaku didalam ceramah dan sidang akhbar bahawa projek tersebut adalah kejayaan beliau dan kerajaan regim DAP.

Guan Eng marah sebab tak boleh nak tipu melayu PAS,dia marah sebab tak boleh nak tipu melayu kampung yang sebelum ini bertakbir pada setiap patah pembohongan beliau.

Guan Eng yang kita semua tahu pasti akan mengaku kesemua projek kerajaan persekutuan BN adalah kejayaan beliau .Guan Eng akan mendabik dada tentang kehebatan pemerintahan regim DAP kononnya langit dan bumi pun dicipta DAP untuk rakyat Pulau Pinang.




"PROJEK KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA KERAJAAN BARISAN NASIONAL KEPADA PENDUDUK-PENDUDUK PULAU PINANG"


Pisau kata "Guan Eng lu jangan guna penang bridge la..itu BN yang buat "


Anwar kini sangat terdesak – Nallakarupan

Posted: 03 Jan 2012 10:53 PM PST

Betul ke?

via Utusan Online on 1/3/12

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakarupan yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melakukan apa sahaja pada 9 Januari nanti kerana Ketua Pembangkang itu kini berada dalam keadaan sangat terdesak.


Guru, pelajar terlibat perhimpunan 901 akan kena tindakan

Posted: 03 Jan 2012 10:52 PM PST

Guru pun terlibat?

hebat.

via Utusan Online on 1/3/12

SEREMBAN 4 Jan. - Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pelajar dan guru yang menyertai perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 pada Isnin ini.


Menteri UMNO/BN Dan MAHB Bertanggungjawab Kenaikkan Kos KLIA2 Dari RM1.7 Bil Kepada RM3.9 Bil !

Posted: 03 Jan 2012 10:27 PM PST

"Hasilnya, MAHB yang merupakan anak syarikat Khazanah telah menyebabkan kos KLIA2 meningkat lebih daripada RM2 bilion dengan menggunakan wang dari pembayar cukai,"


Kalau saya tidak ada 'consequence' tak payahlah kritik kuat-kuat. Tela'ahlah politik secara 'gentleman'

Posted: 04 Jan 2012 07:05 AM PST

Saya telah banyak mendapat text sms yang mengatakan yang saya mendapat ramai sokongan dari orang ramai apabila saya dikatakan akan menyertai DAP. Tetapi ada juga yang memberitahu saya yang ada setengah yang mengkritik saya secara peribadi. Mereka bertanya apa yang akan saya lakukan jika saya dikritik secara peribadi itu.

Jawapan saya mudah; saya mungkin menjawab tentang isu politik yang penting, tetapi saya mengambil sikap untuk tidak memberikan reaksi kepada isu peribadi. Menggunakan isu peribadi dan menjawabnya akan membuatkan saya menjadi seorang yang tidak berkepimpinan dan tidak berfikiran. Saya hanya lebihkan beristighfar sahaja.

Di kalangan yang dikatakan mengkritik saya secara peribadi itu adalah di kalangan rakan-rakan blogger. Tak mengapalah. Lama-kelamaan mereka akan tahu juga yang menggunakan isu peribadi itu melambangkan satu sikap yang tidak ada finesse dan tidak gentleman politiknya.

Saya lebih berminat untuk mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk mentelaah isu politik apatah lagi saya seorang Melayu. Isu kenapa saya memilih DAP dan tidak kekal dalam UMNO dan sebagainya. Kalau saya layan isu peribadi ianya akan hanya menunjukkan sikap keanak-anakan saya dan sesiapa yang menggunakannya.

Saya bukannya orang hebat. Sedangkan Nabi pun mendapat kritikan apatah lagi saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesalahan dan dosa. Tidak tahu pula samada ada di kalangan kita ini mengakui diri mereka terlepas daripada dosa kehidupan seharian.

Manusia semuanya berdosa. Kalau tidak besar kecil, dosa tetap ada. Itu sebabnya kita digalakkan untuk melakukan solat taubat setiap waktu kerana manusia tetap akan melakukan dosa samada secara sedar atau pun tidak.

Kalau boleh kita sebut isu sebenar politik ini. Itu lebih melambangkan kelas seseorang itu dalam mengendalikan politik dan siasah secara terbuka dengan kejujuran yang maksima. Elok kita elakkan daripada memaki-hamun manusia yang dijadikan Tuhan ini berbeza-beza dan berpuak-puak ini.

Dengan perbezaan dan berpuak-puak inilah yang membolehkan kita mengenali dan menghormati satu dengan lain.

Bayangkan jika Tuhan menjadikan manusia itu dalam keadaan uniformity, tentu kita tidak berpeluang untuk mengenali di antara satu dengan lain kerana manusia itu dijadikan sama semuanya.

Seperkara yang elok kita ingat dan ini adalah nasihat orang yang muktabar:-

Jika kita terjumpa benda yang baik dan cantik, jangan terus diterkam kerana mungkin ada celaka di sebaliknya. Sebaliknya jika kita terjumpa benda yang buruk, jangan terus dibuang, kerana mungkin ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya.

Disiplin diri ini hanya kemampuan sendiri untuk melakukannya. Politik bukan segala-galanya.

Saya tetap menghormati rakan-rakan di dalam UMNO yang belum terbuka hijab mereka untuk berubah. Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua yang menyokong kemasukan saya ke dalam DAP jika sampai masanya dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan dalam UMNO yang pernah menjadi teman seperjuangan saya itu.

Tidak payahlah memusuhi saya semata-mata kerana saya memilih untuk menyertai DAP. Kita tetap sama. Menyertai DAP tidak mengurangkan Melayu saya. Masa akan membuktikannya. Saya tidak janji apa-apa.


100 Ribu Turun Sokong Ikon LGBT

Posted: 03 Jan 2012 07:09 PM PST

Politik PKR,DAP & PAS bukan untuk rakyat,tak lebih kepada membela kebobrokan moral Anwar.Dek kerana nafsu Anwar yang tidak mampu mengenal jantan betina.Rakyat diheret untuk mempertahankan beliau.

Keputusan makhamah yang menyebelahi mereka dikatakan adil,makhamah yang tidak menyebelahi mereka dikatakan tak adil.

Menurut sumber ,setiap cabang PKR dibayar oleh Azmin untuk mengerahkan penyokong mereka agar turun ,Bas disewa,wang saku turut diberikan .Bagi mereka yang turun dengan kereta sendiri duit tol dan petrol juga diberikan.

Sekarang wang digunakan untuk menarik sokongan,tak sama seperti zaman reformasi kerana ketika itu rakyat dibutakan dengan pelbagai pembohongan dan lakonan skrip drama PKR.

Jangkaan 100 ribu bakal turun? Adakah mereka ini turun mempertahankan dan menghalalkan perlakuan liwat yang dikatakan Karpal suka sama suka diantara Anwar dan Saiful?

Pisau kata " ada yang kata buang masa pi berlonggok kat Makhamah,tak untung apa apa pun"


Terengganu: Tak Masuk PAS Solat Anda Tak Sah?

Posted: 03 Jan 2012 05:00 PM PST

Gara gara fatwa ulama kangkong dan memerangkap presiden khawarij PAS Hj Hadi mengkafirkan umat Islam yang tidak menyertai PAS,sehingga sekarang masih wujud perpecahan umat Islam.

Khawarij PAS masih tidak insaf ,mereka lebih berselera untuk mengkafirkan orang lain malah syurga juga telah dijadi hakmilik eksklusif PAS.

Sembelihan orang Umno haram dimakan,hingga sekarang masih berlaku di kampung kampung.Tidak ada tanggungjawab oleh juak khawarij PAS untuk memperbetulkan fitnah paling besar kepada umat Islam sehingga sekarang.

Toleransi ahli Umno di Terengganu harus dipuji,dengan sikap rendah diri sebaik saja kerajaan negeri dikuasai oleh PAS pada 1999 hingga 2004,ketika itu tidak timbul masaalah 2 imam memandangkan ahli Umno ketika itu turut menerima imam yang ditauliahkan oleh kerajaan negeri PAS.


Ketika itu masjid masjid dijadikan sarang kaum puak khawarij PAS untuk dijadikan pentas politik,langsung tidak dibantah oleh yang bukan PAS.

Setelah kerajaan negeri bertukar tangan,kita tidak nampak toleransi penyokong khawarij PAS apabila terang terangan menolak imam yang ditauliahkan oleh kerajaan negeri.Mereka tidak mengiktiraf imam yang dilantik dan bertindak untuk mendirikan solat dimarkas mereka sendiri

Khawarij PAS lebih berselera berpeluk cium dengan DAP,mereka lebih teruja apabila kafir harbi masuk ke masjid .Takbir mereka menjadi lebih kuat jika DAP melacurkan ayat ayat quran.

Inilah sifat khawarij PAS,politik mereka lebih kepada menjuruskan kepada perpecahan daripada penyatuan.Bukan PAS dianggap sebagai kafir dan musuh,tetapi DAP dianggap sebagai saudara.



11 masjid di Terengganu solat dua imam – JHEAT

KUALA TERENGGANU 16 Dis. – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesan 11 buah masjid yang tidak diiktiraf kerajaan beroperasi di negeri ini sehingga mendorong berlaku kejadian solat berasingan dalam satu kariah.

Pesuruhjaya JHEAT, Mohd. Rozali Salleh berkata, kebanyakan masjid tersebut terletak di Besut dan Marang.

Bagaimanapun katanya, jumlah masjid tidak diiktiraf kerajaan menurun berbanding 23 buah sebelum ini.

"JHEAT telah membuat pemantauan dan akan menyerahkan laporan lengkap kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk tindakan lanjut.

"Sebuah jawatankuasa kecil akan ditubuhkan bagi memperhalusi perkara itu sebelum dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin," katanya kepada pemberita, di sini.

Hari ini, Sultan Mizan melahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah di Terengganu.

Baginda bertitah, kejadian seumpama itu boleh mencemar serta menodai kesucian agama Islam seterusnya menyebabkan umat Islam dihina dan dipermainkan.

Mengulas lanjut, Mohd. Rozali berkata, senario itu dikesan berlaku sejak sekian lama berikutan wujud pihak tertentu cuba menghalang pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan.

"Ada juga segelintir penduduk bertindak luar jangkaan dengan tidur di bawah jengkaut bagi menghalang tindakan kita," katanya.

Beliau juga berharap supaya tiada mana-mana pihak yang mencampuri urusan pentadbiran di masjid-masjid di negeri ini dengan politik atau kepartian.

Masjid masjid ini berlakunya perpecahan Umat Islam akibat angkara daripada khawarij PAS yang anda semua sokong.

Apa salahnya jika jamaah tidak ramai agar dikumpulkan disatu masjid?Kenapa perlunya berasingan sedangkan masjid terlalu berhampiran.

N3 – DUN JERTEH



JARAK DI ANTARA MASJID HADHARI (MASJID KERAJAAN) DENGAN MASJID YAYASAN AS-SALAM TERENGGANU (YAT), KG GONG KEMUNTONG, JERTEH LEBIH KURANG 200 METER (100 Jemaah Jumaat)



JARAK DI ANTARA MASJID KG LAK LOK (MASJID KERAJAAN) DENGAN MASJID / KELAB PAS KG. PADANG LANDAK, JERTEH LEBIH KURANG 350 METER. Jemaah Solat Jumaat sekitar 70 orang

N2 – DUN KOTA PUTERA

MASJID AL-MUQARRABIN, KG GONG KEPAS

KELAB PAS / MASJID DARUL IMAN, KG. LAHAR

JARAK DI ANTARA MASJID AL-MUQARRABIN, KG GONG KEPAS (MASJID KERAJAAN) DENGAN MASJID / KELAB PAS DARUL IMAN, KG. LAHAR LEBIH KURANG 800 METER. Jemaah Jumaat sekitar 80 Orang.

N1 – DUN KUALA BESUT

MASJID NURUL IMAN, KG TOK SABOH

KELAB PAS/ MASJID HAJI YAAKUB, KG. TOK SABOH

JARAK DI ANTARA MASJID NURUL IMAN, KG TOK SABOH (MASJID KERAJAAN) DENGAN MASJID / KELAB PAS HAJI YAAKUB, KG. TOK SABOH LEBIH KURANG 450 METER. Jemaah Jumaat sekitar 70-80 orang

N4 – DUN HULU BESUT

MASJID KG. DARAU, HULU BESUT

KELAB PAS/ SURAU KG AWEK, HULU BESUT

JARAK DI ANTARA MASJID KG. DARAU, HULU BESUT (MASJID KERAJAAN) DENGAN KELAB PAS/ SURAU KG AWEK, HULU BESUT LEBIH KURANG 4 KM METER. Jemaah sekitar 60 orang.

MASJID KG. KERUAK, HULU BESUT

KELAB PAS/ SURAU KG PAK SIK, HULU BESUT

JARAK DI ANTARA MASJID KG. KERUAK, HULU BESUT (MASJID KERAJAAN) DENGAN KELAB PAS/ SURAU KG PAK SIK, HULU BESUT LEBIH KURANG 4 KM METER. Sekitar 60. 0rang.

Pisau kata " di permatang pauh,masjid batu dengan masjid papan..sama.. "




0 Comments: